TEKNOLOGI KOMUNIKASI : ROBOT INDUSTRI


Terdapat dua sebab kenapa robot disentuh secara terperinci. Sebab pertama adalah kerana dalam sebuah buku CIM haruslah membincangkan beberapa kajian tentang kawalan perkakasan pembuatan. Ini penting agar apa yang perlu dan tidak perlu dikomunikasikan dapat dipahami.
Industri RobotTajuk ini dimulai dengan perbincangan mengenai kawalan FMS (FMS pada asasnya ialah sistem pemesinan bersepadu). Perbincangan dilanjutkan lagi hingga merangkumi kawalan robot kerana robot memainkan peranan utama dalam sistem pemasangan tersepadu.
Sebab kedua adalah kerana robot merupakan peranti yang menarik. Ini menjadi tambahan kepada peranannya dalam melakukan skop tugas yang luas, termasuk pemasangan, pengimpalan, pengecatan atau jenis-jenis penyemburan lain, penyahgerigisan atau proses kemasan yang serupa, serta pemuatan dan pemunggahan mesin.
Dalam peranan pengendalian kerja, robot membantu merangkaikan perkakas alas, penghantar dan unsur-unsur lain secara fizikal dan mekanikal ke dalam sistem pernbuatan bersepadu. Satu contoh jelas adalah apabila sebuah robot digunakan untuk memuat sebuah mesin. Penutup mesin mestilah terbuka, peranti pelekap mestilah telah berhenti dan bersedia untuk menerima komponen sebelum robot memuatkannya.
Justeru persepaduan atau pengantaramukaan sistem kawalan perlu wujud antara robot dengan mesin-mesin lain. Oleh sebab kedudukannya di tengah-tengah susunan mesin lain, pengawal robot lammnya disediakan dengan kemudahan yang membenkannya peranan penyelia sekumpulan peranti. Dengan ini, robot membolehkan persepaduan secara dan melalui sistem kawalan.
Elemen-elemen ini hanya dibincangkan setelah perincian mengenai robot dipertimbangkan. Robot industri mula wujud lebih kurang pada tahun 1960, tetapi penerimaan dan penggunaannya berkembang dengan lembap. Robot lambat diterima kerana kekurangan dari segi ketepatan, kelajuan, muatan beban dan kos, jika tidak digunakan sepenuhnya.
Satu bidang penggunaan robot adalah dalam kerja-kerja penyemburan, terutama sekali penyemburan cat, kerana kekangan awalnya tidak begitu genting. Penyemburan tidak memerlukan ketepatan dan kelajuan tinggi; penyembur cat juga ringan dan robot digunakan secara berterusan. la mempunyai satu lagi kelebihan, yaitu boleh beroperasi pada persekitaran yang tidak sesuai bagi manusia. Pada tahun 1970-an, penggunaan robot telah meningkat. namun pada penengahan tahun 1970-an, barulah robot digunakan dengan meluas.
http://teknologikomunikasi.com

Leave a comment